Sign up for our newsletter and get 10% off + FREE shipping for your first purchase!

Official Online Distributor of Himalaya Herbals

Tanda dan gejala penyakit Kencing Manis/Diabetes Melitus (DM)

Bagaimana untuk mengetahui jika anda mempunyai penyakit diabetes? Adalah penting untuk mengetahui tanda dan gejala awal diabetes sebelum sampai ke tahap yang lebih serius. Antara tanda dan gejala awal yang biasanya terjadi adalah tahap glukosa yang tinggi dalam darah.

Terdapat 2 jenis Diabetes yang utama iaitu Diabetes Jenis 1 dan Diabetes Jenis 2. Diabetes Jenis 2 mempunyai tanda dan gejala yang mungkin tidak disedari, malah sesetengahnya hanya menyedari dan mengetahui tentangnya apabila menghadapi masalah yang berpunca daripada kesan jangkamasa panjang penyakit Diabetes Jenis 2.

 

Untuk Diabetes Jenis 1, tanda dan gejalanya berlaku dengan lebih cepat iaitu dalam masa beberapa hari atau minggu.

 

Kedua-dua jenis Diabetes menpunyai tanda dan gejala yang serupa:

  • Kelaparan dan keletihan: Badan anda menukar makanan yang dimakan kepada glukosa yang diperlukan oleh sel badan sebagai tenaga - tetapi sel badan memerlukan insulin untuk mendapatkan glukosa. Apabila badan tidak menghasilkan insulin yang cukup, atau pun sel badan menolak insulin yang dihasilkan, glukosa tidak dapat digunakan oleh sel badan dan menyebabkan tiada tenaga dihasilkan dan seterusnya rasa lapar dan letih.
  • Kerap membuang air kecil dan berasa dahaga: Kekerapan normal bagi seseorang membuang air kecil adalah sebanyak 4 hingga 7 kali sehari, tetapi bagi pesakit Diabetes, kekerapannya adalah lebih banyak.
  • Mulut kering dan kulit gatal: Disebabkan kandungan air dalam badan digunakan untuk menghasilkan urin, maka kelembapan kulit berkurang dan seterusnya menyebabkan rasa dahaga dan mulut kering.
  • Penglihatan kabur: Perubahan kandungan cecair dalam badan boleh menyebabkan kanta mata membengkak, menyebabkannya menukar bentuk dan hilang upaya untuk fokus.

 

Tanda dan gejala Diabetes Jenis 2 yang lain:

  • Jangkitan kulat: Kulat memerlukan glukosa untuk membiak dan kandungan glukosa yang yang berlebihan dalam badan menyebabkan ia membiak dengan cepat. Jangkitan biasa terjadi di celah jari tangan dan kaki, di bawah payudara dan di kawasan kemaluan.
  • Luka lambat sembuh: Kandungan glukosa yang tinggi dalam darah akan menjejaskan peredaran darah dan seterusnya boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan luka menjadi lambat untuk sembuh.
  • Sakit dan kebas di kaki: Disebabkan oleh kerosakan saraf.

 

Tanda dan gejala Diabetes Jenis 1 yang lain:

  • Kehilangan berat badan: Berlaku apabila badan tidak mendapat tenaga yang diperlukan daripada makanan, dan seterusnya mendapatkan tenaga daripada lemak dan otot.
  • Rasa loya dan muntah: Apabila badan mendapatkan tenaga daripada lemak dan otot, ia akan menghasilkan “ketone” yang akan berkumpul dalam darah hingga ke paras yang bahaya, dikenali sebagai Diabetes Ketoacidosis (DKA) yang boleh mengancam nyawa.

 

Bagaimana untuk mengawal Diabetes

Mengawal Diabetes tidaklah sukar – Adalah penting untuk mengetahui apakah yang menyebabkan tahap glukosa meningkat atau menurun dan bagaimana untuk mengawalnya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan tahap glukosa dalam darah berubah. Antaranya adalah seperti di bawah:

 

Makanan

Bagi pesakit Diabetes, adalah sangat penting untuk mengetahui bagaimana jenis-jenis makanan yang berbeza boleh mempengaruhi tahap glukosa dalam darah. Jenis makanan yang dimakan, kuantiti yang diambil dan kombinasi semua jenis makanan yang dimakan akan menyumbang kepada tahap glukosa dalam darah.

 

Apa yang perlu dilakukan:

  • Ketahui tentang pengiraan kalori dan saiz porsi makanan
  • Makan makanan seimbang
  • Selaraskan pengambilan makanan dan ubat-ubatan
  • Kurangkan minuman manis dan bergula

 

Ubat

Insulin dan ubat-ubatan Diabetes seperti Metformin, Sulfonylureas atau DPP-4 inhibitors (rujuk ayat berwarna merah) dapat membantu mengawal tahap glukosa dalam darah, apabila diet dan senaman tidap berupaya untuk mengawal Diabetes.

 

Apa yang perlu dibuat:

  • Pastikan insulin disimpan dengan betul
  • Berjumpa dengan doktor untuk sebarang permasalahan yang dihadapi
  • Berhati-hati dengan ubat-ubatan baru
  • Boleh menggunakan suplemen herba seperti Himalaya Diagard ataupun Himalaya Karela (ekstrak peria)

 

Senaman

Aktiviti fizikal adalah sangat penting untuk mengawal Diabetes. Apabila bersenam, otot akan glukosa sebagai tenaga. Selain itu, aktiviti fizikal juga membantu sistem badan untuk menggunakan insulin dengan lebih efisyen.

 

Apa yang perlu dilakukan:

  • Dapatkan nasihat doktor mengenai perancangan aktiviti fizikal
  • Ikuti jadual senaman
  • Memantau tahap glukosa darah dalam badan
  • Kekal hidrasi

 

Kesakitan

Apabila jatuh sakit, badan akan menghasilkan hormon berkaitan stres untuk melawan penyakit, tetapi tahap glukosa dalam darah juga berkemungkinan akan meningkat.

 

Apa yang perlu dilakukan:

  • Berbincang dengan doktor mengenai langkah-langkah yang perlu diambil apabila jatuh sakit
  • Teruskan pengambilan ubat-ubatan Diabetes
  • Ikut perancangan diet makanan yang ditetapkan

 

Bila perlu mendapat khidmat nasihat profesional

Adalah sangat penting untuk menjalani ujian saringan setiap tahun, jika umur melebihi 45 tahun atau berisiko untuk mendapat Diabetes. Apabila pengesanan awal dilakukan, risiko kerosakan saraf, masalah jantung dan komplikasi lain yang disebabkan oleh kesan jangka masa panjang Diabetes dapat dielakkan.

 

Dapatkan nasihat doktor apabila:

  • Rasa loya, lemah dan terlalu dahaga
  • Kerap ke tandas untuk membuang air kecil
  • Sakit perut yang teruk
  • Pernafasan menjadi menjadi lebit cepat berbanding biasa
  • Mempunyai bau pernafasan yang manis seperti acetone (petanda kandungan ketone yang tinggi dalam darah)

 

Contoh rawatan untuk Diabetes Jenis 2:

  • Metformin (Glucophage, Glumetza, dll.): Metformin merupakan ubatan pertama yang akan dipreskripsikan untuk Diabetes Jenis 2. Ia bertindak dengan membantu meningkatkan tindak balas tisu dalam badan terhadap insulin supaya badan dapat menggunakan insulin dengan lebih efektif.
  • Sulfonylureas: Ubatan ini membantu badan untuk menghasilkan lebih banyak insulin.
  • Meglitinides: Seperti sulfonylureas, ubatan ini membantu badan anda menghasilkan lebih insulin tetapi dengan lebih cepat
  • Thiazolidinediones: Seperti metformin, ia dapat meningkatkan penggunaan insulin dalam badan dengan lebih berkesan. Tetapi mempunyai rekod kesan sampingan yang lebih banyak (berat badan yang meningkat, masalah jantung dll)
  • DPP-4 inhibitors: Membantu merendahkan tahap glukosa dalam darah
  • GLP-1 receptor agonists: Memperlahankan penghadaman dan merendahkan tahap glukosan dalam darah
  • SGLT2 inhibitors: Ubat diabetes yang baru yang dapat mengelakkan buah pinggang daripada menyerap gula lagi ke dalam darah. Sebaliknya, gula akan dikeluarkan dalam air kencing
  • Terapi insulin: Prosedur bila doktor anda akan memberi preskripsi insulin bercampuran untuk siang dan malam. Jenis-jenis insulin yang mungkin diberi adalah:
    • Insulin glulisine (Apidra)
    • Insulin lispro (Humalog)
    • Insulin aspart (Novolog)
    • Insulin glargine (Lantus)
    • Insulin detemir (Levemir)
    • Insulin isophane (Humulin N, Novolin N)

 

Sumber: [1][2][3]


Leave a comment

Comments have to be approved before showing up